top of page

Mesyuarat Pengawas Pusat Sumber Tahun 2017


Pada 12 Januari, mesyuarat PSS telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah. Perjumpaan ini bertujuan untuk merancang perjalanan PSS seluruh tahun 2017 dan mengagihkan tugas pengawas pusat sumber. Semasa mengadakan mesyuarat ini juga semua syarat-syarat dan terma telah dibincangkan dan dipersetujui oleh semua pengwas pusat sumber SMKIS. Dalam Mesyuarat ini juga telah diadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) dan Ketua Pengawas Perpustakaan pada tahun 2017 ialah Nurul A-tsirah Farhana binti Romzie diikuti dengan Sathishwaran A/L Magis Paran sebagai Naib Ketua Pengawas Perpustakaan sesi 2017. Pemilihan ini telah diadakan secara undian dan semua AJK dipilih berdasarkan kemampuan mereka secara holistik. Calon-calon yang dipilih telah melepasi prasyarat yang holistik iaitu BMI normal, akademik cemerlang, kokurikulum aktif dan markah PAJSK yang munasabah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua AJK yang dilantik. Kerjasama anda amat dihargai dan disanjung tinggi.

NURUL A-TSIRAH FARHANA BINTI ROMZIE - KETUA PENGAWAS PERPUSTAKAAN

SATHISHWARAN A/L MAGIS PARAN - NAIB KETUA PENGAWAS PERPUSTAKAAN


bottom of page