Aktiviti NILAM
Gazebo NILAM
Gazebo NILAM merupakan tempat peminjaman buku untuk guru-guru dan para pelajar . Gazebo ini juga beroperasi setiap hari Khamis pada minggu kedua dan ketiga setiap bulan. Gazebo NILAM ini baru beroperasi pada awal bulan Februari 2016. Tujuannya adalah untuk menampung bilangan buku yang terlalu banyak sekaligus kerana perpustakaan tidak dapat menampung jumlah buku tersebut dan jumlah pelajar yang hampir mencecah 1000 orang. Gazebo NILAM ini juga terletak di tempat yang dianggap strategik kerana ianya terletak di tempat laluan para pelajar dan guru-guru. Gazebo NILAM ini juga solusi yang terbaik untuk menggalakkan dan menarik minat para pelajar untuk membaca dan menambahkan ilmu pengetahuan.
Literasi Maklumat
Program Mentari Pagi
Literasi maklumat merupakan salah satu program yang diadakan untuk menambahkan ilmu pengetahuan kepada para pelajar dan guru-guru . Program ini mula giat dilakukan pada awal tahun 2016. Hasil usaha dan kerjasama semua ahli pengawas pusat sumber ini telah membuahkan hasil ke tapak perhimpunan dengan lebih awal . Literasi maklumat ini bertujuan untuk menyampaikan info-info yang menarik kepada para pelajar sekaligus dapat melahirkan perasaan ingin membaca dengan lebih kerap mereka pasti akan dapat mengetahui tentang pelbagai perkara. Oleh yang demikian, program ini akan diteruskan lagi kerana telah mendapat sambutan dari semua pihak.
Program mentari pagi atau lebih dikenali sebagai program nilam yang telah diadakan pada tahun 2015 ini merupakan satu titik utama dalam menarik minat pelajar untuk membaca. Amalan membaca ini semakin kurang dititik beratkan oleh pelajar dek kerana arus pembangunan yang lebih mementingkan teknologi sehingga membuatkan pelajar lupa tentang betapa pentingnya buku dalam kehidupan. Pada awalnya tahun 2015 program mentari pagi ini kurang mendapat sambutan tetapi hasil kerjasama daripada semua ahli pengawas pusat sumber ianya telah membuatkan program ini kembali menyihar seperti mentari di pagi hari. Kebaikan yang dapat diperolehi daripada program ini ialah dapat memupuk sikap suka membaca. Oleh itu, program mentari pagi ini akan diteruskan lagi kerana telah mendapat sambutan yang begitu hangat daripada para pelajar.
Mural di PSS
Program melukis mural merupakan satu program Khidmat Bantu untuk menceriakan Pusat Sumber Sekolah. Mural tersebut dilukis bercirikan peta i-think. Terdapat lapan buah kelab yang menyumbang idea dan tenaga terhadap aktiviti ini. Antaranya adalah kelab NILAM, Pelancongan, Robotik, SLAD, Pengguna, Seni, Hak Asasi Manusia, dan Bahasa Melayu. Aktiviti ini turut dibantu oleh Pengawas PSS. Aktivti ini dijalankan setiap kali perjumpaan kelab dan persatuan, iaitu pada hari Rabu. Program ini mula dijalankan pada bulan Mac.