top of page

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit


Program 'Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit' yang dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.


Program ini telah berjaya dijalankan di SMK Iskandar Shah selama 10 minit. Semua warga SMK Iskandar Shah telah menyertai aktiviti membaca ini untuk bersama-sama memupuk semangat membaca dalam kalangan murid dan guru. Dengan program ini diharapkan bahawa para pelajar dapat mebahagikan sedikit daripada masa mereka untuk membaca demi menjayakan aspirasi negara.


bottom of page