top of page

Kem Kepimpinan Pengawas SMK Iskandar Shah

Pada 13 dan 14 Januari 2017 telah diadakan Kem Kepimpinan bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan dan Pengawas Asrama. Kem ini dianggotai oleh 101 pemimpin pelajar SMK Iskandar Shah dan Ketua Komanden Kem ini merupakan Cik Azian. Kem ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin pelajar SMKIS yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Melalui kem ini, para pemimpin pelajar telah diuji dan dinilai berdasarkan Rohani, Intelek, Jasmani, Emosi serta Sahsiah. Pihak SMKIS sedar bahawa seseorang pemimpin memerlukan kelima-lima aspek tersebut. Oleh itu, pelbagai aktiviti seperti Bengkel Motivasi, Permainan Menguji Minda, Latihan dalam Kumpulan, 'Night Walk', 'Flying Fox', dan juga 'Wall Climbing' telah dijalankan sepanjang kem ini di Pusat Kokurikulum Melaka, Lanchang. Ketua pengawas dan AJK badan pengawas tela dipilih melalui undian semasa kem ini. Calon yang terpilih sebagai Ketua Pengawas SMK Iskandar Shah bagi tahun 2017 ialah Nur Zafirah binti Zainudin dari 5 Zamrud diikuti oleh Naib Ketua Pengawas, Renuka A/P Raja. AJK bagi pengawas asrama juga dipilih dan semua pemilihan calon diadakan berdasarkan penilaian yang holistik dan menyeluruh yang meliputi kesemua aspek kepimpinan pelajar. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang berjaya menjadi AJK tertinggi. Pihak SMKIS amat berharap untuk menjayakan visi sekolah dengan bantuan pemimpin pelajar yang cemerlang dalam semua aspek ini.


bottom of page